tak banyak.



Entri kali ni
tak banyak isi nya; sekadar meng-update-kan apa yang perlu.

#1 Semalam assignment SS, hari ni L.DEV. Menyusul pasti L.DES & ES. Setakat ni semua nya individual; tak ada lagi nak group2 macam sem2 lepas. Bukti semua nya dah tak se-senang macam dulu. Bukti sem akhir ni bukan untuk main2 macam selalu. Words requirement pun da naek dari 1000 jadi 1500. Tensi dah terasa sebab tarikh submission dekat2 dan tak lama.

#2 Aku rasa apa yang aku lihat tak salah. Semua orang dah berubah. Tak ada lagi lepak2 di cafe atau kedai makan 2 3 jam lepas kelas. Tak ada lagi jalan lenggang2 waktu malam isi masa lapang atau petang semata-mata nak beli goreng pisang. Pun tak ada ponteng kelas, buat2 tak tahu kalu cakap pasal kerja sekolah. Rata-rata semuanya dah rajin, serius dan matang. Sekali kilas fenomena ni buat aku cuak. Buat aku seram. Mana tak nya, semua dah start pulun, bersungguh Tinggal aku ja yang terkial-kial mau cari rentak. Tapi bagus sebenarnya kalau mereka dah benar2 determine dan all out macam tu. Healthy competition; semua nak yang terbaek. Paling tidak, aku termotivasi sama.

#3 Hari first sem 4 masa mula-mula dorg tabal aku jadi ketua unit memang aku menyumpah-yumpah. Serius cakap. Suka2 hati approve cakap aku nak, padahal nya tidak. Sebab nya aku tak suka buat benda kalau terpaksa. Atau dipaksa. Tambah pulak benda tu melibatkan tanggungjawab untuk org laen sama. Lagi buat aku ketat. Memang nekad mau back off saja tapi esok nya bila aku pandang cermin mau pergi kelas; hati cakap why not give it as a try.? challenge yourself from no one to be someone. Lalu aku biar saja sampai hari ni. Alhamdulillah, Allah masih beri aku kekuatan untuk jalankan tanggungjawab yang harus aku tunaikan dan kawan-kawan juga banyak membantu. Trimas semua. Setidak nya jika dulu aku pasif dan lebih gemar tengok pensyarah dari jarak paling tidak 20m, sekarang aku dah interact dengan mereka, biar pun atas urusan tertentu semata-mata. Juga masa terluang aku juga sudah sedikit terurus; kurang hibernasi dan banyakkan revisi. Alhamdullilah.

#4 Aku akui kebelakangan ini aku kerap depresi. Frankly sebabnya dari si bf. Tapi lepas semalam, setelah aku fikir dan telaah semua benda, rasa macam aku ni ja yang over emosi. Lumrah wanita, tapi kadang2 macam aku ni terlebih pula. Masih sukar nak terima dia akan fly march ni tapi aku kena positif. Kalau orang tanya apa aim aku untuk tahun 2010 mesti aku jawab nak excel final dan join senior2 aku di warwick sept ni, so sama juga dia kan. Study is the main priority.

#5 Kewangan. Kami di Malaysia pun tau sakit kalau elaun tak masuk, inikan senior2 di UK. Setakat ni elaun jan memang di beku until feb sebab budget 2010 baru dibentang awal sesi persekolahan ari tu, bak kata pengarah. Baru nak masuk 3 minggu, tapi poket dah makin susut. Banyak benda nak dibayar sem ni, terutamanya untuk nota2 dan photostat bahan. Kadang2 duet makan sehari lagi sikit dari bayar benda2 remeh camtu. Serius. Kalau dulu orang cakap kalu tak makan ko boleh jimat money tapi skarang semua dah tak boleh pakai. Kalu tak habis duet mengalir untuk isi perut, pasti hal2 lain kikis dompet ko punya. Kewangan aku dah nazak, sampai la hari ni. Tapi nasib baek tadi petang kakak aku datang lawat. Kebetulan dia balik perak Paling tak, dia hulur jugak dua keping not hijau buat sara makan. Fuhh.


Setakat ni tu saja lah yang mampu aku update. Tak banyak tapi cukup lah.

Salam.


Comments

DoDu@HaHA said…
huwaaaa.. ini baru laa betul-betul matang.. suda mula terserlah diri yang sebenarnya.. bagus2...

kamu smua pon elaun xmasok lagi?? huhu.. Sabar-sabar.. (sedang ikat perut tahap dewa neyh)
Anonymous said…
sudah lama ku wonder.. apekah itu l.des, l.dev dan seumpana dgnnyer..??

btw, slamat berusaha dan slamat maju jaya.. all the best and chaiyok2!!

smell of fallen maples leaves await u on sept.. (sept right??)
WANKRAI said…
nako, wlaupon ko tgk suma bdak klas kta mcm dh ready, ak rasa ak still mcm dlu..hngat2 tahi ayam...weh,doakan agr ak brjaya...huhuhu
Nako Abdullah said…
dodu: haha..is trying hard nak jd matang ;p sesungguhnya ianya sgt sukar.

elaun pastinya blom. name pom maktab.gaga.
eh korg pindah dok umah ke.? x dok kat liberty park dah ea..?



din:
L.DES = grammar. tok nenenk cucu cicit segala yg berkaitan ngan grammar.

L.DEV = language development. includes writing skills and pronunciation.

ES = english studies; senang ckap literature la. kaji2 psal sajak jiwang shakespeare.

SS = social study atau mungkin org pnggil sosiology. killer subject.huhu >.<"

nak taw nnt ade mase i bt free class utk u..hahaha~



abe: oh abe, aku tgk ko pon sama ja mcm mereka. kelibat ko di library yg mkin kerap ku pasti adalah petanda ko sudah bersedia :)
bereh boh! aku sentiasa doakan kejayaan kte semua.aminn.
DoDu@HaHA said…
ooowh, belum2.. nanti 2nd year baru start pindah rumah.. kalian semua nanti akan duduk on campus accomodation, jadi xperlulah risaw.. huhu
Nako Abdullah said…
oohhh..
jauh ke ngan liberty park korg.?
and er mind to share with me why para seniors x dpt accomocation on campus last year.?
sebab lambat apply ke.?

mana2 pun okay je, nnt umah korg gak kami serang cri makanan.haha :DD
DoDu@HaHA said…
sbab kami lambat apply lah, apa lagi.. huhuh

jauh juga dari Uni..kena naek binatang tunggangan bernama bas.. huhuh..
hahaha..nako..
baguslah..kita hanya perlu bertahan...
4 bulan je..pastu kita bebas..aku pun sedang memaksa diri menelan segala ilmu walopon trase nk muntah sngat2...ohh..nampaknya situasi sama berlaku di tesl a...aku pun rase mlas..terpaksa memaksa diri...

dodu: harap bro dapat tolong naikkan semngat kami lagi...dengan cerita2 indah di warwick
Nako Abdullah said…
dodu: ohh. fers year naek bas nnt next year sume beli kete ;p



shahril: tu lah. insyaAllah. sama-sama lah kita usaha & berdoa :)
fadhillahbakren said…
ye!chaiyokkkk!!!!nnti korang dtg dah nak winter.main snowwwwww~~~~ahaks

pastu pastu pastu ..winter break jln2 tour europe.cam whore bnyk2 masuk fb!

best best best!

study rajin2 ye.insyaAllah semuanya baik2 utk kalian~

Popular Posts