Friday, April 30, 2010

sebelum pulang.

Entri tergesa sebelum ke Medan Gopeng.


Yes ini malam saya balik rumah walaupun agak gila esok malam saya kembali ke ipoh semula. Ahh, janji dapat makan keropok lekor dan ikan pari cicah air asam, yang laen tolak tepi semua :))


Selamat ulangtahun keberanakan ke doploh dalam maju buat taulan saya, Charo Sani Nordin anak perempuan mak cik Kung Na Lee. Walaupun saya tiada untuk lempar tepung gandum cap wau atau lempar telur ayam saiz A untuk kamu malam ni, tapi saya harap kamu sentiasa bergembira di Key Ill bersama kesayangan. Harapan saya ialah semoga ketika jarum jam menunjukkan pukul 12 nanti, bas saya bukan berada di highway mendaki bukit ke Gerik atau bukan di dalam terowong litup agar saya dapat membuat panggilan telefon jarak jauh untuk menghubungi kamu. Mungkin lagu selamat kelahiran saya tiada iringan muzik gitar kapok yang selalu didengar tetapi saya ada kelebihan yang laen - seluruh krew bas akan menyanyi bersama-sama untuk anda =) *hanya jika mereka tidak tidur..haha



Gadis ini gemar merayau-rayau pada waktu malam tetapi tidak suka kutu.
*tiada kaitan..haha




Sekian. kembali semula pada hari ahad.

3 comments:

WANKRAI said...

happy birthday charo!

Charo Summer said...

Thanks, Nurul Nakiah anak perempuan pak cik abdullah. Hahaha.
Apa la.. ko call aku time drg makan.......................???????? Haihhh... Manis2.. hahaha. Thanks!

Abe looong...... Thank you, jugaa~

: nako : said...

mana la aku prasan, sedar2 dah teda org lam bas meh. hahah

selamat dtg ke dunia jubli emas anak mak cik kung na lee :)