sepah I.

Entri ini ditulis bertujuan untuk menunggu one active download (42 minutes) siap memuat turun. Tidak lebih dari itu. dan saya sebenarnya tiada motif untuk menulis tentang apa. seriously benar-benar blank.

Untuk itu, saya sertakan beberapa barang-barang yang berjiran dengan lappy saya ketika ini untuk tatapan anda semua.


1) Anak tikus.

Berbapa tidak terkenal, Imation, tetap menjadi sahabat utama ketika saya online dan membuat kerja. Saiznya yang kecil molek amat sedap digenggam dan ditekan. Boleh didapati di Lorong Haji Taib atau Gerbang Malam.



2) Multi-purpose mug.

Saya tidak memiliki mug atau cups kiut2 yang ada teddy bear melekat di tangkal ataupun berporselin pink. Yang hanya saya miliki ialah mug serbaguna bercop Persidangan Perwakilan Puteri UMNO bahagian Kuala Nerus tahun 2007 yang saya bawa dari rumah sejak semester pertama. Walaupun mug ini berbaur politik, namun ia telah banyak berjasa kepada saya dan nescafe sekeluarga.



3) Spritzer.

Antara barang wajib yang mesti ada di atas meja. Sumber air minuman sejak berkurun lamanya kerana saya tidak minum air masak dari heater atau bebot kerana sebab2 tertentu. Kenapa Spritzer tidak Ala Fonte atau Air Minuman Giant ialah kerana rasanya yang lemak manis macam susu cap teko berwarna jernih. Memberikan kepuasan tidak terhingga ketika pulang dari kelas pada hari yang panas. Kebiasaannya agen terdekat untuk bekalan Spritzer ialah di koop, namun sejak koop melicinkan stok beberapa minggu yang lalu, saya terpaksa beralih arah ke Giant Tambun untuk mendapatkannya. Juga menggemari Oxygenizer dari farmasi2 berhampiran =)



4) Ambi Pur green apple Spray.

Bukan sahaja rumah, malahan hostel juga memerlukan pertolongan Ambi Pur untuk kekal wangi dan selesa. Digunakan hampir setiap pagi sebelum saya beredar ke kelas dan apabila cuaca hujan dan bilik berkepam dengan bau hapak baju basah. Juga boleh didapati di Giant berhampiran. Berbaloii..



5) Kotak tisu.


Merupakan antara keperluan asas yang saya perlukan setiap hari. Secara purata, hampir 30 helai tisu sehari saya gunakan untuk pelbagai kegunaan sama ada untuk meremove eye liner selepas mandi, melombong, mengelap nescafe yang tumpah, mengelap tangan yang basah mahupun untuk melapik roti sebelum diletakkan ke dalam pinggan. Jenis tisu bukanlah suatu masalah utama bagi saya, tetapi kebiasaanya saya memilih Premier ataupun Kleenex.

Awas, tisu tandas bukanlah pilihan yang bernas walaupun harganya lebih berpatutan.




Meja pemenang rancangan Deco bersama Eric. haha


Sekian.
ttfn :)


Comments

Anonymous said…
lol..
ellisa said…
HAHAHAHA. U NI LAWAK LARH.
DoDu@HaHA said…
Unique~ Nice one.
ni idea aku...cisss..pencurikk..
dah post sebelum aku post..
hahaha
Nako Abdullah said…
shahril: oh saya tiada berniat nak curi idea big bos, maaf maaf..hahaha


ell: awww *gaya nyah*


abe & dodu: maaflah takde idea..hahah
Emmet Muhamad said…
refill je air mineral tu kat mesin R.O water, 30posen da full sebotol tu, keh keh keh

Popular Posts