:S


Aku kata "astaghfirullah" tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata "wa atubu ilaih" tapi jasad masih melakukan dosa yang sama.
Aku kata "wa nadimna ya Allah" tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.

Aku kata"subhanallah" tapi aku tak mampu menghayatinya.
Aku kata "alhamdulillah" tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata "Allahuakbar" tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata "ma fi qalbi ghairullah" tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata "aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu," namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia,
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya yang tidak menggambarkan kesal,
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa,
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa... 



Quoted from:
Salma  Hj. Abu Bakar 
xxx

Comments

Unknown said…
Say: "O 'Ibadi (My slaves) who have transgressed against themselves (by committing evil deeds and sins)! Despair not of the Mercy of Allah, verily Allah forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful. (surah az zumar ayah 53)

dont worry as Allah forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful.

Popular Posts