Wednesday, April 25, 2012

Homesick gara-gara google location rumah sendiri. Heh.



Buat kesekian kalinya setelah hampir 7 bulan menetap di UK untuk pengajian tahun ke 2, saya menyerah kalah dan mengaku homesick tahap tujuh petala langit malam ini, tepat pada pukul 12.28 pagi. Semuanya bermula dengan Google Map untuk mencari alamat sahabat yang menetap di Kuala Kubang Kerian, KB. Dan sekarang saya rasa seperti ingin terbang pulang & tidur di atas katil sendiri di rumah. Dan makan nasi lemak di pagi hari bersama teh tarik. Dan mendengar mak berleter sebab adik bangun lambat ke sekolah. Dan menonton Spongebob Squarepants dengan Cenna sambil menjamu pisang goreng kelak abu yang ada biji :S Tidak dinafikan juga keinginan hati yang melonjak-lonjak untuk mandikan kucing gemok yang pemalas kat rumah dan bermain dengan anak-anak buah yang baru.

Ya, jadi begitulah dilemma hati saya sekarang walaupun tak sedar diri assignment masih belum siap. Tak ape, mari lah kita layan perasaan kemas notes sambil dengar lagu raya dulu. 



Sekiannn. 





No comments: