Bukan sekadar puasa.
Sehari beransur, berbaki lagi 29. Alhamdulliah hari pertama tiada halangan walaupun perjalanan 8 jam dari Seremban agak memenatkan. Mula bas bergerak aku terus lelap, mengantuk teramat penat berjalan semalam belum habis. Kali terakhir aku tengok papan tanda ialah ke Kuala Lipis, dan terlelap kembali sebelum sedar semula di Kuantan.
Bas berhenti agak lama. Sambil menunggu, aku sms adik pesan belikan murtabak ayam kalau aku tak sempat berbuka dirumah. Murtabak batu 6, perkara wajib setiap kali bulan puasa. Ahh sedap! :)
Tak lama selepas tu aku selak langsir dan mendongak keluar. Mata aku asyik melihat seorang pakcik tua ni. Pakaiannya lusuh dan camping, berlunjur di atas koridor stesen yang kotor. Di tepi ada beberapa pasang kasut, kertas, sebatang pen & mesin kira-kira hitam. Lama juga aku perhatikan dia. Sebab ketika itu dia tertidur dan setiap kali bunyi bas bising dia akan terjaga lalu menekan-nekan mesin kira seolah-olah seperti mengira sesuatu. Kira keuntungan menjahit kasut agaknya. Tapi tiada pelanggan kelihatan. :(
Tiba-tiba aku terasa sebak. Disaat aku berfikir untuk makan itu ini untuk juadah berbuka, aku lupa akan orang yang kurang bernasib baik. Entah mereka ada sahurkah? Ada duit kah untuk beli makanan berbuka? Mungkin juga puasa itu sudah jadi kebiasaan harian. Tapi aku? Selalu mengomel kalau lauk tak sedap. Membazir beli kuih banyak-banyak tapi last2 buang. Makan tak pernah habes. Tak pernah nak bersyukur. MasyaAllah...
Lama juga aku berfikir. Refleksi diri. Mungkin hari pertama Ramadhan aku tidak sesukar yang disangka tapi aku bersyukur Allah s.w.t telah tunjukkan aku sesuatu yang aku tak nampak sebelum ni; never take things for granted and be grateful of what you have.
May Allah grant us strength and health during this month and beyond and bless our families and ourselves.
Aminn.
Comments