Saturday, June 12, 2010

eskrem poli.

Ni hah all time feveret time zaman muda-muda dulu. Eskrem poli. Eskrem paling murah abad milenium, harga 10sen tapi dapat dua bahagian. Dulu time kecik if petang-petang maen masak2 ngan anak jiran sebelah rumah sambil buat milo tanah jumpa 10sen pun dah kira bertuah banyak. Melompat la jugak suka. Sebab boleh beli eskrem poli buat penat maen. Trus kayuh beskal pegi kedai beli ni. Kalo duet tu aku jumpa, aku la yang decide nak perisa apa. Lagi best sebab aku bole pilih nak part mana. Selalunya aku kasi part bontot la kat kawan sebab tak best takde pemegang macam part atas tu. Kalau ngan adek sure sure lah forever dia aku kasik bontot sebab aku kakak. haha.

Kadang-kadang jumpa syiling bawah rumah tok time maen nyorok2 ngan kazen. Masa tu darjah 1 2. *Arwah tok suka cicirkan syiling. Pun akan beli benda ni gak, eskrem poli. Bole kata eskrem ni memang feymes la kat kampong time tu. Tip top. Sket-sket nak eskrem poli. Sampai mak aku larang pergi kedai takot beli eskrem ni. Dia cakap tak elok makan eskrem kaler-kaler, nanti banyak cacing kerawit dalam perot. Alah mak padahal mak jeles nak jugak. Kan? haha. Larang 2 ni mana la nak makan saman. Aku la slalu hasut adek korek tabung ayam yang tok bagi nak beli eskrem. Jolok guna pembaris sekolah. Tak pon kami beli kuaci 10sen packing kaler hijau putih yang slalu dapat "Terima kasih." Jarang nak menang 20sen. RM1 lagy la jauh. Tapi tak kesah sangat time tu, beli untuk makan bukan nak menang.

Sekarang dah besau aku dah tak nampak eskrem poli kat kedai-kedai. Paling2 pun ada eskrem kacang hijau yang 30sen tu je. Tak pun eskrem cup harga rm1.10. Susah dah nak cari sebab orang skang makan Cornetto. Nak sedap sket layan Vandetta, mini poppers. Takpun angkat Baskin Robbins trus. Moden kan. Mana la nak makan eskrem patah dua ni. Serius sebab zaman skang dah banyak eskrem sedap aku memang tak ingat eskrem poli dah. Bila tadi jumpa gambau ni je baru tersengih balik. Teringat zaman kecik-kecik. Seronok. Kayuh beskal bonceng 3 nak beli eskrem ni semata-mata. haha.


Oh eskrem, aku rindu kaw! :))

8 comments:

nabila said...

kt cni ade eskrem 2.smlm nmpk kt kedai india sblah liberty park

DoDu@HaHA said...

tu kedai barakat la namanya mek! hahaha

syahmi said...

Poli pong ni from siam kot. Sbb tu parents susoh nk bagi. Hahaha.

: nako : said...

kak nabila: huah ada di Warwick? hahaha *bole makan lagy!


dodu: eyy kedai di kg tok saya kedai org melayu tulen. haha bukan barakat zam-zam :DD


syami: hooyeah.? haha patot laaa...

JUEK said...

eh kuangjo do kao buat post nih. aku kemaen ngidam do! haha

WANKRAI said...

aiskrim poli pong!!!

CERITAKU... said...

hehehe.klasik..budak-budak sekarang mane makan ais krim pop ni.xlayan ah...

: nako : said...

juek: silap la der terkasi ko ngidam, soh kak mek beli satu ;)

abe: ye eskrem poli pingpong! :DD

ceritaku: kan? mana da budak2 moden makan da now.