kuceng diculik.


Saya sangat hiba terkesima bermuram durja kerana dua hari lepas kuceng saya bernama Mr Bell dipinjam oleh seorang rakan kepada ayah saya yang datang melawat ke rumah. Dia datang berdua dengan wife dan pulang bertiga, dengan kuceng saya. Katanya dia nak pinjam buat buntingkan kuceng betina dia kat rumah sebab nak bulu macam kuceng saya. Dan ketika itu saya dan adek tiada di rumah jadi nasib kuceng itu tak di bela lalu pulang lah dia ke rumah baru. Dua hari dia tiada saya rasa tak best sebab biasanya malam-malam dia la yang teman saya tengok bola kalau abah saya seronok berdengkur depan tv. Dialah yang akan kacau saya online; bila nampak saya chatting dia akan lompat naek atas lappy lalu akan jadi macam ni:

jsdhgfhjdskdjhnbccccccccccccccccccdewjuhfdddddddfsdssssssssssssssssss


Kuceng itu jugalah yang akan lompat naek tido atas riba saya kalau dia penat maen dengan wayar mouse atau lepas lelah kejar lipas. Dan selalunya saya akan annoyed gila bila dia nak tido atau lapar sebab dia mengada tahap langit petala ke tujuh.


Tapi tadi rakan ayah saya yang bertuah itu call lepas maghrib beritahu Mr Bell sudah kena kidnap dengan orang dekat rumah dia hilang tanpa dikesan sejak semalam petang. Mungkin dia takot kena maki dengan orang macam saya lalu dia tambah cakap dia pun sedih sebab kuceng betina dia pun hilang sama. Yeye je. Ntahnye betol ke tidak. Sekali dengar macam nak tempeleng sebab saya dah tak boleh jumpa kuceng kesayangan saya lagi. Dua kali dengar pun macam nak bagi tempeleng free jugak. Tiga kali dengar cam nak cepok.


*sigh. Berharap agar siapa-siapa yang jumpa Mr Bell sila la jaga dia baek-baek. Nak minta hantar rumah pon mana la kuceng tu bole kasi tau alamat rumah ni. *redha. So mak kuceng, sila la beranak lagy sebab saya nak kuceng jantan putih macam dia ni:


kuceng saya rindu awak ;(



tsk.tsk.tskk

Comments

beta turut bermuram durja..
tapi sori la..kalo aku jumpe aku buat2 bola tennis..banyak bulu kot..
DoDu@HaHA said…
moga cik bell kembali ke pangkuan anda~

aminn..
Nako Abdullah said…
cheryll: kejam la kaw, cakap penyayang? :l


dodu: aminnnnnnn :S
Azil said…
uhh..
sadisnye.pulanglah kuceng
nooratikah said…
sob3~
moga2 dia pulang ke pangkuan anda n do this qwertyuiopasdfghjklzxccvvn
again.....

ape name si kucing anda??
Nako Abdullah said…
zl: sadis, memang sadis.....

kak tikah bijou: Bell nama diberi tp kdg2 hentam panggil puteh je senang. hooooo. tipis tu nak jumpa balik kalo dah ilang :"<
ღsapphireღ said…
wah!!
harusla kan, pandai pinjam tp xberape pandai nk jage~

Popular Posts