perlukan amah dengan segera? klik post ini.



Tertekan dengan timbunan pinggan dan cawan di dalam sinki?
Stress dengan pakaian tidak berbasuh?
Bosan melihat carpet rumah berkepam?


Usah bimbang. Kami ada penyelesaian efektif untuk semua masalah anda!


Memperkenalkan amah terbaru kami, Dompok CRV yang didatangkan khas dari Mongolia Utara menerusi MasKargo khusus untuk memerangi semua bebanan anda. Kini tiada lagi kerisauan, hanya senyuman! =)


Profil Amah:

  • Nama asal (Mongolia): Anton Higuain Santosh
  • Nama komersial (Malaysia / Indonesia): Ahmad Higuain
  • Umur: 20 tahun (amah kami muda dan bertenaga)
  • Status: Sudah berkahwin di Mongolia, namun mengisyhtiharkan diri bujang di Malaysia (tidak dibenarkan kahwin sehingga kontrak tamat)
  • Pendidikan: Pernah menumpang kelas pra-tadika AMAN ketika di Kashmir, persekolahan tergendala akibat desakan ekonomi dan rusuhan sebelum menjadi mangsa sindiket human trafficking pada tahun 2008. Amah tidak pernah berputus asa untuk menimba ilmu. (bersemangat waja)
  • Ketinggian: 2 depa kurang dari tiang lampu (1.67m)
  • Berat: 154 pound (awas, kenderaan berat di sebelah kiri)
  • Pengalaman sebagai amah: 2 tahun (termasuk praktikal & ROS)
  • Kebolehan:
  1. Kehebatan dalam mencuci pakaian, pinggan mangkuk, menanggalkan kesan gris pada kolar baju & lengan. (tanpa Vanish / Mr Musle etc)
  2. Keupayaan mengemas, mengemop & mengvacuum dalam satu masa.
  3. Kuasa moto pada kaki & lengan.
  4. Kurang makan namun sentiasa bertenaga.
  5. Tidur hanya waktu malam (selepas 12)
  6. Tahap puncak produktivi ialah sekitar jam 11 pagi - 5 petang.
  7. Tidak mudah diperdaya oleh orang yang tak dikenali (kecurian @ jualan lelong rumah ke rumah dapat diatasi)
  8. Boleh berjenaka (caj extra dikenakan)
  9. Boleh menyanyi (caj extra dikenakan)
  10. Tiada implikasi kesihatan & bebas dari segala penyakit sampingan.
  • Sifat-sifat terpuji:
  1. Merendah diri
  2. Menyayangi segala bentuk kemudahan awam (tidak vandalism)
  3. Menghormati tuan rumah (dan isteri tuan rumah)
  4. Pendek tangan (amah kami tidak mencuri)
  5. Tidak mudah berputus asa (sentiasa mencuba)


Bayaran harga akan dirunding setelah mereka yang berminat menelefon dan membuat appointment di no ini: +17775674322

Email kami untuk sebarang pertanyaan di: amahberkualiti_11@g.mail.com


Amah terbaek pilihan kami, anda bagaimana?



p/s: kami juga mengendalikan servis buruh kasar (terhad) seperti ini:


Comments

YaNaJoON said…
seriously entertaining post!!!hahhaa..yeah..,i need an amah for my ss~~~~~grrrrr!!!
Nako Abdullah said…
hahaha..buat appointment dulu! XD
Q. M. said…
kahkahkahkahh..
gile jahat..

buat link kat fb ar..bru best!
azil said…
terbaek la amah ni!
Nurul Intan said…
ahahahahahha. cannot go!
WANKRAI said…
nampaknya anda hndak makan kaki oleh En Higuain ni nako...hahaha
nice entri anyway...
errr..
saya amat berminat untuk invest dalam dalam bisnes macam ni..siape perlu saya jumpe ye??
hahhahha
erna bt. ramli said…
rajen owhh amah nie..:D tp jap,cmne kesan gris bole ade kt kolar bju?*curious*
;p
Nako Abdullah said…
kak qis: dah link dah..hahah



abe: tadi mintak lengan die tak bagi, kaki apatah lagi..gaga~



shahril: dah kol hotline blom.? tu no kat atas tu...



erna: tu lah kehebatan anton higuain santosh..hahaha



azil, aten, intan & mcjust: haaa, ape tunggu lagy, berminat?? :P
fatinmarini said…
hahaha.
cant help but rofl.
:))
ღsapphireღ said…
hahahahhahaha
paling mantap la...
ellisa said…
hahahahhahahhaa...
DoDu@HaHA said…
terrrrrrrrbaek ahhhh!!!!!!
Nako Abdullah said…
ada sapa berminat.? hahahah

Popular Posts