disebalik kenegaraan.

BTN bermula 31 May yang lalu, berakhir 4 Jun pada minggu yang sama. Standard kena kerah gi kem, semua berat bontot packing barang sebab malas nak tadah telinga dengar ceramah kenegeraan. Baju-baju pakai campak masuk beg ala kadar je, tshirt dua tiga helai pun cukup. Dengar je Ulu Sepri, semua dah bayang jalan yang kiri kanan hutan ngan coverage maxis kosong. Nasib baek celcom ada 1 2 bar. Tu pun semput-semput cam siput tertelan kapur je lagaknya. Rumah terdekat dari kem aku tu berkilo-kilo meter jauh. Kalo ade orang lelah nak lari keluar pegi klinik memang konpem sampai suku jalan je gamaknya. Jalan raya paling dekat dah 10km dari kem. Agak-agaknya lah, memang takde yang sanggup jalan kuar gi pokan dah malam2.


Pendaftaran. Ketika tu petang Isnin, hujan renyai-renyai time ktorg sampai. Masing-masing terkedek-kedek ngan beg sambil baju hitam putih tersangkut di bahu. Serabai. Muka berlapis minyak campur peluh dek kepenatan angkut beg yang beratnya bertan tan. Time tu bas IPIP yang paling last sampai, budak-budak Gaya awal siap atur barang dah. So masing-masing excited nak dapat bilik hotel *dorm* bertempiaran la beratur macam budak-budak spastik minta penampau. Tak bertamadun sebab berbaris pun tak reti. Aku le tu. Sampai turn, borang habes. Kena tunggu lagi . haish. leceh btol. Then datang Mak Jah, jurulatih superb dengan borang baru, lantas aku isi. Dorm mates malang tak ramai; si Nancy, Charo Summer, Una Pokan, Sarah Scottish Baby, Priya Raja Lilit, Mohanah Kaki Gaduh, Chibby Slow Motion, Tinie Pelahap, Azil Kuceng Weng ngan Erna anak Pcik Ramli. Penuh je borang aku kasi kat Mak Jah untuk diberikan dorm dan kunci tapi kendian dia termangu. Dibelek-beleknya semua borang, muka ketat, kening tebal berkerut. Lama dia tilik borang tu. Awat Mak Jah saket perut ka.? Heran. Pastu baru bunyi suara, "Ok, nah nak kunci bilik 1A." Yeay, finally dapat dorm, boleh angkut barang.

Bilik 1A tu paling hujung. Hujung. Sehujung dunia. Depan hutan. Bawah busut. Paling isolated la aku kira. Time daki tangga nak ke dorm dalam hati aku ni, haish besau benau busut ni. Boleh pulak dia buat dorm sini. Then dorg si Erna yang sampai awal duk tercegat depan pintu 1A, tak masuk lagi. Apa pasal lagi la tu. Aku tau semua tak berani nak jadi orang fers masuk. Muka cuak je masing-masing. haha. Tarik nafas panjang-panjang, bismillah, aku ketok pintu 3x sambil bagi salam then buka. Sesi cop katil bermula. Double decker. Disebabkan ahli dorm tak ramai, so banyak la katil lebih. Lantas aku pilih katil paling hujung, sorang, agak jauh dari yang laen sebab mereka pilih katil depan-depan. Selang dua katil baru la si Una. Lepas tu sesi kehidupan berjalan seperti biasa; mandi, makan, mengumpat, melombong dsb.

Oh lupa nak pula nak btau yang dorm 1A ni bersambung dengan 1B yang mana dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Pelik jugak kenapa Mak Jah tak bagi 1B sebab yang tu lagi dekat ngan toilet. Senang nak mandi. Dan pembahagi diantara 1A 1B ni ialah loker kayu beserta cermin besau kat tengah-tengah, penghadang dia tak tutup penuh sampai ke ceiling so korg boley nampak ceiling dorm sebelah. Menarik bukan?

Malam pertama semua kepenatan. Tepat jam 1.30 semua dah bising berdengkur. Tapi aku nak iron baju putih untuk besok so terpaksa la tunggu turn iron lepas Mohana. Alahai mak cik tu iron sikit punya slow macam siput lemas pun ada. Yang laen dah lena. Tinggal aku ngan Mohana je lagi. So lepas achi tu siap iron, cepat-cepat aku iron baju sehelai sebab tanak jadi orang last tido. Siap je trus aku tutup suis lalu panjat katil atas *sebab bawah aku taruk beg* dah masuk selimut. Sejuk. Aku beranikan diri untuk turun balik dan slow kan kipas. Sebelum naek balik ke katil, aku prasan Mohana pun dah lelap. Ceit. Tinggal aku je lagy. Letak je kepala atas katil trus aku pejam mata dengan harapan aku bukak dah pagi. Tapi fail. Malam tu aku tak boleh tido even badan penat nak mampos. Satu kesilapan malam tu aku buat, aku tido mengadap loker dan divider 1B dan bila aku tersedar yang aku kena pandang arah laen, terus aku bukak selimut dan pusing badan ke kiri. Zapppp. Jantung aku tersentap. Nak tercabut usus. Rasa macam aku nampak something atas tu. Putih. Tapi aku rabun, spec tak pakai so mungkin aku salah tengok. Tak berani nak bernafas. Apatah lagi bergerak. Kaku. Dalam hati terkumat kamit baca ayat Qursi segala bagai yang aku mampu ingat. Rasa macam diperhatikan. Semacam dekat je aku ngan benda tu. Mata aku pejam rapat. Even sejuk, badan aku dah berpeluh. Aku tak ingat macam mana aku tertidur tapi bila tersedar semua dah bersiap nak ke kuliah subuh.


Rushing sana sini sampai mandi pun ala kadar. Makan 6x sehari, awesome. Tahan 2 3 minggu lagi aku sana sure balik Ipoh bulat. Tiada lagi kejadian sama seperti malam fers berulang. Alhamdulillah. Setiap malam aku tido lena, bangun pun awal. Cuma pada malam ketiga, jam 3 pagy gitu aku terjaga dengan tak semena-mena. Terjaga dengan sentakan. Tapi disebabkan mengantuk yang amat, aku tertidur balik. Hari kedua tu time balik dari LDK aku nak taruk kasut skolah di rak then baru aku prasan yang rak kasut ktorg berada btol-btol depan 1B. Patut la rasa semacam jauh dari pintu. Dalam hati aku ni ingat mak cik cleaner yang salah letak, tertukar 1A ngan 1B gamaknya so buat biasa je la. Kehidupan berjalan seperti biasa lagi.


Keesokkannya, penghuluwati si Farah yang juga satu group ngan aku bercerita ketika kami makan dinner. Habit dia jarang makan so lepas baca doa makan dia akan balik dorm. Satu ketika time pulang awal, dia masuk dorm dan menyedari dia orang paling awal balik, tak tersengaja dia bermonolog, "Eh, takde orang balik lagi ke?" Soalan yang seharusnya tiada jawapan kemudiannya bersambut oleh satu suara, "Ya, kau sorang ja ada.........."


Segalanya terbongkar time ktorg otw balik dari BTN, sejurus selepas bas maktab keluar dari gate Ulu Sepri. Kebetulan ktorg conquer seats blakang bas, senang bercerita. Satu demi satu kepelikan terreveal. Rupanya bukan aku je yang sedar misteri dorm 1A dan 1B, Nancy, Charo, Una and Sarah pun sama. Sarah pernah 1 malam ternampak benda puteh duduk di atas katil sebelah beliau tapi didiamkan takot semua cuak pula. Nancy dan Una pula perasan sejak hari pertama ada bonjot tergantung atas ceiling dorm kami. Dan dorm 1B. Bonjot misteri. Nasib baek aku tak perasan. Kalo tak...haish. Orang tua-tua cakap kalau tempat tu dah dipagar, kena letak bonjot garam..kalau tak salah la. Meaning btol la dorm kami tu keras. Masuk akal. Bermakna malam tu apa yang aku nampak mungkin benar. Bukan tersalah pandang. Charo pulak selalu gayut lepas jam 12.30 kat lua dorm di koridor. Ada satu malam tika dia calling and kami bergurau senda gelak ketawa di dalam dorm, dia terdengar suara seperti orang mengilai. Namun didiamkan juga sebab ingat tu just perasaan gila.


Una selaku orang last beredar lepas ktorg amik bilik time pendaftaran berkata Mak Jah sempat berpesan soh jaga-jaga dan report kalo ada apa-apa. Mula-mula dia ingatkan sebab takut ade yang jatuh saket ke ape tapi bila teringat kekagetan Mak Jah untuk bagi dorm 1A yang bersebelahan 1B tu barulah semuanya masuk akal. Dan bukan aku sorg ja yang tersentak bangun jam 3 pagy, rupa-rupanya si Nancy, Una dan Charo juga sama. Dalam hati aku, "apekah.?"


Lalu ketika time semua tengah cuak bercerita si Nancy bertanya, "Hoi sape yang alihkan rak kasut dorm kita weh? Jauh sampai ke 1B?" Then semua macam haaa.. sape? sape? Ada yang cakap bukan mak cik cleaner ke? Nancy kata tak mungkin sebab hari second awal pagy before matahari terbit rak tu dah beralih. Yang peliknya malam sebelum tidur tu rak tu masih still di 1A. Macam ada orang yang tarik sewaktu semua sedang lena. Malam yang hanya aku tak dapat tido. Persoalannya siapa??? Tak siapa tahu.....


Balik ja dari BTN dan habes pre-departure gathering aku demam. Demam yang aku harap tiada kaitan dengan semua yang diatas.....

Comments

Anonymous said…
ishh bce cerita u ni pun da leh wat i seriau..
hope xde ape2 yg worse happen..
Anonymous said…
cayalah.. dah macam selangkah ke alam angker la plak..
Anonymous said…
huwaaaa.....seram gilos!!*meremang bulu roma baca* padahal siang je ni.

luckily korang revealed misteri after habis.Lega sikit.

Diorang ni pun satu, apsallll laaa buat kem tgh2 hutan, pedalaman segala. Bukan nak jadi askar pun kan?sheesh!

Getwellsoondear!

=mek@dilla.teka la.haha=
Nako Abdullah said…
din: hoho. seriau lagy saya.


mek@dilla: kak dell ka? ;p
selalu bila habis baru la semua bukak mulut kan? haha
much thanks! :))
DoDu@HaHA said…
alaaaaaaaaa~ biasalaaa tu.. biasakanlah diri.. hahaah
Nako Abdullah said…
dodu: apekah.? >.<"
H3S said…
been there...
ulu sepri, time pergi tuu, celcom stu bar pon takder...

paling dekat surau n 10 buah umah kan...
tuu pon kne naek bas...haha

my time, bende tuu main pintu lagi...bukak tutup, bukak tutup... >.<
kiwi said…
ptut la demam...klau ak jdi ko ak duk katil bwh kot..huhu
Anonymous said…
fuhh. serammm cite kau..selamat ko xcite kat sane..ishkkkkk
Nako Abdullah said…
mr lostinlife: it happened to one of my fren too >.<"


kema: ntahle ni demam ape..harap2 bukan demam pasal tu la..haishh


deep: semua buat senyap, dlm bas baru terbongkar..huahua
Charo Summer said…
u wanna know sumtin? last night kita sana time smua busy pcking my zipped luggage kena serang semut yg makan pemadam kan? aku taruk luggage di luar lepas hempas2 di dinding. luggage tu aku bagi berdiri menghadap masuk ke dinding. penarik menghadap di luar. then atas luggage aku taruk pakaian yg disyaki bersemut. besok aku mau pcking, amik luggage. skali tgk? aih? zip luggage aku terbukak smpi bawah. beg aku dlm tu terkeluar. sudala hujan. aku cursing la. then tiba2 terdiam. napa luggage aku terbuka, sedgkan baju2 atas luggage tidak bergerak? siapalah mau main luggage aku kan? ........silent..........
Nako Abdullah said…
....................org cakap bunian makan semut so dorm kita semut banyak and nancy bilang busut tempat bunian...................


jadi mungkinkah benda putih itu....???

Popular Posts