Variasi makanan pengubat duka lara ;DD


Kalau kat Malaysia, almost every week mesti kena dapat fast food, tak kesah la McD ke Kenny ke KFC ke - boleh kata kemestian bila keluar town. Kat sini kurang dah sikit, baru 3 4 kali beli Chicken Cottage or Subway, order GoGo masih belom lagi, asek makan yang orang punya je heheh. Kalo ke McD pon sekadar nak minum coke, nak merasa double cheese burger memang jauh sekali sebab tak halal. Fillet-o-fish? Maaf itu saya paling anti. muehee.


Makan kat sini beza sikit - dari segi kuantiti dan waktu makan LOL. Kalau ade jumpe orang Malaysia makan makin sikit masa dok UK memang aku tabik spring la, sebab itula majority semua takkan buat. Almost. Ko diet la macam mana pun, memang nafsu makan akan jadi kuasa tiga atau empat bagi yang pregnant. Kalau winter ko darab 100. Unless kalau rajin nak puasa the whole month, well itu lain kes tahun depan kita bincang.

Bila sejuk perut cepat lapar. Itu fakta. (Ye eh?) Bagi aku la. haha. Even kalau di Malaysia pun sama je, musim hujan dok terperap dalam rumah golek-golek depan tv pon akan cepat lapar, apatah lagi sini. Usually bangun pagi memang takkan sempat nak masak before gi lecture or seminar (sebab aku bangon lambat je slalu) so kalau lapar tahap nak lahap orang tu before turun hall akan ke dapur curik roti 2 3 keping makan sambil berjalan ke kelas. Kalau kelas direct dari 9am sampai 1pm, jangan berlagak tanak makan brekfest, nati kebulor jam 12 lecturer pot pet kat depan pon ko akan nampak macam burger ayam Ramli double special. Sumpah =.=" Aku penah nampak Peter jadi kentang goreng masa week 7 hari tu.


Aku tak rajin memasak. Kalau terajin nak masak memang akan masak banyak terus untuk stok 1 hari or 2 3 hari. heheh. Contoh macam nak buat ayam masak merah, kalau setakat nak masuk 2 ketol ayam baik tak payah pegi tido mimpi Gerard Way lagi cool lah. Paling-paling pun aku taruk 4 -6 ketol ayam, see betapa pemalas anak Abdullah ni hah T_T. Dan aku definisikan beberapa makanan ikot waktu, bukan main lahap je kalau lapoo. Macam ni:


Brekfest:
Whole grain bread + butter / nutella + orange juice / semi skimmed milk. If ada nampak aku makan nasi pagi - pagi buta tu maknanya aku tak jumpa nasi 3 hari or aku tengah stress deal dengan masalah negara.


Lunch:
Usually jam 4 ke atas baru makan nasi or makanan berat. Inilah waktu kitchen kosong sebab mostly flatmates akan ade lecture petang. So time ni kalau nak tido meniarap atas meja potong bawang sambil tunggu nasi masak pun takpee takde orang nak larangg :)) Makan lunch musim ni macam makan dinner kat Malaysia sebab cuaca memang dah nak malam.


Tea:
Tea sini bukan minum petang laah. Gile hape dah makan nasi 1 periuk jam 4 nak baham tea party lagi. Tambadau. Tea means dinner, orang sini tak panggil dinner untuk makan malam, biasanya kalau tak Tea akan panggil Supper - either or. Lain dari Malaysia kan? Mula-mula masa tak tau tea tu dinner aku heran apsal la dorang ni tanya aku nak masak apa untuk tea padahal jam dah pukol 8. Only then Charlotte kestau apa tu tea bagi dorang ;DD and oh waktu makan malam aku kat sini bermula dari jam 8 dan keatas.


Snack:
Ni section khas untuk part - part kecik comel molek macam kek coklat, cereal bars, crips, pisang, Mars etc. Waktu snack available 24/7 hehehehe


Nasi goreng:
Hanya akan buat bila bosan banyak waktu senggang sebab bagi aku nak buat nasi goreng ni amatla leceh. Sape-sape nak perencah nasi goreng meh la hambek kat kitchen yee free je aku angkot 2 3 kotak dari Malaysia.


Pasta, spagethi or yang sewaktu dengannya:
Akan ada tahap aku tak boleh tengok nasi, kalo tengok jugak naik sawan muntah -muntah muka jadi biru ketu so ini la makanan yang akan aku lahap. Spare je 1 botol sos Prego & pasta bila lapar bole terus makan! yeah yeahh!


Air masak:
Haaa ni antara paling rare aku minum. Macam jumpe dinosour dalam zoo. Setegok sehari pon payah nak jumpe. Selalunye minom nescafe (minuman ruji) or juices or milk. Beli 1 botol boleh tahan 3 tahun, savvy kann? muahaa.


Nescafe mild 3in1:
ALL TIMERS FAVE MEH MEHHH! Benda wajib kena ada dalam sehari or else nanti jalan lintang pukang langgar tiang masuk longkang ;DD Tapi kat UK takde nescafe sesedap di Malaysia sob sobss so pandai - pandai la kena jimat bila nak minum. TAK BOLEH MEMBAZIR!! HARAM.


Oldtown Ipoh white coffee:
Kalo diberi jubli emas permata pon memang aku takkan gadai 1 sachet oldtown, sebab memang terlalu bermaknaaaa! *mata berair* Bawak 2 paket dari Malaysia, 1 kasi Seongsook satu lagi buat hak. Until now ada 2 sachet lagi tinggal. Aku hanya minum oldtown bila mana aku rasa ada masa untuk menikmati coffee panas sambil online or leisure reading. Kalau buat rush-rush nak tegok before lari ke lecture room baik tak payah, oldtown terlalu berharga untuk dibazirkann :) Sama berharga macam Thad hensem kacak
bergayaa hehehehehe *grinn*


Buah-buahan:
The good thing bila kat sini ialah sayur-sayuran & buah - buahan tersangat laah murah. Murah kat sini macam ko beli stokin kaler pink oren hijau kat Giant tak sampai 1 ringgit. 1 pound tu da bole dapat 10 bijik plums or 1 bakul apple, or 1 bakul anggur. Sukaa weh! Nak dasyat lagi sila la serang Coventry Market yang masyuk wooh woohh :)) Pisang kat sini jugak terbaek sebab besau gilaa & sangat juicy! Antara yang menjadi kemestian ialah pisang & plum. Terbalik pulak dari mat saleh sini sebab dorang sangat suka limau mandarin. Bukak fridge penuh je limau lam plastik. Kat Malaysia dah puas dah makan limau beli kotak-kotak esp bila Raye Cine Mydin Giant banyak lelong hihi XD (Untung jadik anak Malaysia kan? ;p)


Mak kat sini saye dilabel ade jari hijau sebab selalu masak guna bawang, goreng ayam, ma
sak nasi, potong sayur. Kalo kat rumah, macam tunggu lembu patah tanduk baru bole dapat pujian terer masak heheh. Mat minah salleh sini cara pemakanan dorang sangat lah plain, masuk microwave, set timer 15mins, bawak keluar, tuang mayonaise, buat tea then siap. Semua ready made punya makanan macam pizza, instant soup, wedges & pasta. Kalau masak lauk pon jarang sekali. Itu sebab la Asians (Malaysians jeee LOL) selalu dapat label 'green fingers', walau skill ko hanya setakat cincang bawang goreng teloo haha. Nak jadi chef tak bertauliah meh datang sini mehhh :))

Oh ya saya mencarut panjang berjela pasal makanan ni sebabnya saya baru makan sangat kenyang minum oldtown esok takde Sociolinguistics bole bangun lewat rasa gembira macam nak nak golek masuk bawah tilam tadi makan ikan pertama lepas 9 minggu kat sini. Sebelom ni tak terasa nak makan ikan tapi start minggu lepas asyik teringat ikan pari bakar cicah air asam (masyaAllah sedap yeeeeeeeeeeee nak balik mesia la macam ni hmmph) lepas tu siap mimpi-mimpi lagi jadi hari ni beli lah jugak 2 ketol salmon :))) Tak boleh makan selalu sebab ikan sini mahai nak mampos ayam udang kerang seafood lain murah plak. Hish. Ikan bilis? Hah, korek
tanah la cari kalo mau sini susah ooh nak jumpe.

Dulu masa 1st week sampai kan hidop gundah gulana bermuram durja gila bila pikir macam mana nak survive sorang-sorang kat International House ni. Sekarang dah tak lagi sebab flatmates memang superb baek baek belaka takde nye nak buat party liar kerja tak senonoh setakat ni. Kalau ade pon tu budak floor bawah, rata-rata kurang tamadun otak 3 suku sikit =.="

Dan bila dok sorang jugak masa untuk jadi diri sendiri jugak bertambah; masa untuk belajar memasak, masa untuk buat kerja tak berfaedah, masa untuk jadi pemalas, masa untuk bungkus badan dalam duvet sangat laah berganda. haha. Kalau kat Ipoh ada Una malu wooh nak tido lame-lame dia kuat study saya rasa rendah diri LOL. Tapi downsides nya ialah bila duduk
sorang ko akan mudah hanyut dengan godaan syaitoonn nir rojimm untuk jadi lagha & alpa tido banyak, makan banyak, korek hidong banyak, sepahkan bilik, malas basuh pinggan dan paling extreme - malas studyyyyyyyyyy... Bila keadaan sebegitu menimpa saya selalu mainkan lagu Can we pretend that airplanes in night sky are light shooting stars dan berhajat alangkah bagusnya kalau ada room mate seperti zaman foundation di Ipoh 2 tahun dahulu sambil mata memandang keluar tingkap :l

Seterusnya, saya nak buat pameran masakan yang pernah dimasak atau dimakan setakat ini. Harap maaf jika unsur takbur diri agak ketara saya tidak bermaksud untuk menunjuk hanya memberitahu kawan-kawan sahajaa. hahaha *gelak guling-guling takde pekdah ko nakiahh. hish* Maaf, ini semua bukan lah hasil masakan saya saja, tapi bersama kawan-kawan terchenta eceyy :))



Ini rolls breakfast pertama semasa sampai sini :D



First attempt mau masak hari kedua tiba di UK; beras takde lagi so rembat nasi hempit XD



Rice cooker bau kedai lagi LOLL



Dinner with flatmates, nasi goreng tu sure la masakan kite :)



Fast food pertama - Chikot /Chicken Cottage tapi KFC Malaysia lagi hebatt.



Prawn rolls speciality si Chibby ;PP



Sebab raya haji takde lembu nak korban so kami buat almond london ;")


Di kala otak tepu tapi perot lapo...



Lunch paling heaven bersama taulan - Tomyam super pedas, mussels masak lemak cili api, stir fry vege ;DD



Treat untuk diri setelah berjaya siapkan SLA assignment :)



Yehaa inilah Salmon with lemon oyster sauce and garlic pertama saya baham kat sini. Sambil makan sambil nak menangis sebab teringat betapa sedapnya ikan pari bakar cicah air asam tsk tssk.




Okay now dah 12.50am mari la kita start membaca theroies SLA & Culture and Citizenship masa untuk berhibur sudah tamat.

Jumpa nanti!
tata-for-now a.k.a ttfn!






Comments

Nurul Intan said…
seronok lah kak nako bace post walaupun pnjng die boleh buat short story. hahahaha
Nako Abdullah said…
ahaha sorry yang rasa macam lama dah tak mengarot panjang - panjang ;PP
erna bt. ramli said…
the best entri so farr.hahaha aku suke bace blog panjang2.:p

ohh.ohh.
nak beli perencah nasik goreng,pleaseeeeee~

e
YaNaJoOn ^__^ said…
AWESOME.............^^
Nako Abdullah said…
erna: haha thanks wooh nak aku kasik perencah free heee :)))


yana: mucho gracias see inila kerja saya malam ni, baca SLA malas ;p
A.J said…
wahh i love entries bout foooood.. keep on fooding bebehh
owh yeah i'm a nescafe lover too
i recently bought coffee-mate and actually mating it with tesco coffee and sugar, and the end-product is kebabooomm.. u shud try it!!
nabila said…
dekat city centre ade jual Oldtown Ipoh white coffee. nk dekat 5 pound satu packet besa.ade berape tah sepaket tu.20 kot
Nako Abdullah said…
ain: haha thanks mate but i dont really fancy coffee mate, but would be good to try though. nice suggestion! ;D


nabila: hooyeahhh? which kedai?? :OOOO Saya amat memerlukannya! :X

Popular Posts